"SALAM AIDILFITRI 1434H... "

Saturday, May 19, 2012

Hari Guru

Pengurusan PASTI SUTERA ENTERPRISE telah mengadakan majlis khas sempena menyambut perayaan Hari Guru kali ke-2. AlhamduliLlah berkat komitmen guru-guru dan pembantu guru, PASTI SUTERA mampu tampil sebagai pusat pendidikan Pra Sekolah yang menjadi pilihan ibu bapa.

Menu 'Kambing Bakar' menjadi ingatan kepada ibu bapa pada
setiap kali jamuan di PASTI SUTERA
Mudah-mudahan guru-guru terus memberikan komitmen di dalam mendidik, mengasuh anak-anak.PASTI D'Sutera.

Terima Kasih cikgu.

Friday, January 7, 2011

Mesyuarat Guru ...

Pihak Lembaga pengelola mengadakan mesyuarat dengan cikgu-cikgu untuk persediaan hari pertama persekolahan.




Tiga minggu pertama ini pelajar PASTI SUTERA akan mengikuti program transisi. Transisi boleh difahami secara mudahnya ialah program memperkenalkan suasana persekolahan kepada para pelajar.

Saturday, January 1, 2011

Terima kasih di atas sokongan ...

Ahli Lembaga Pengelola dan tenaga pengajar mengambil peluang untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu dan ayah yang telah mendaftarkan anak-anak ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI SUTERA).




Gambar-gambar di atas menunjukkan ibu bapa yang datang mendaftarkan anak pada hari sabtu 01.01.2011.

Friday, December 24, 2010

Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat

Majlis kesyukuran sempena berakhirnya Kem Jaulah Helwah edisi-1 telah diadakan di bangunan Pasti Sutera. Majlis dimulakan dengan doa selamat oleh Ustaz Shamsul Bahri diikuti dengan persembahan oleh peserta Kem yang menyampaikan dua buah lagu nasyid. Kemudiannya acara penyampaian cenderahati kepada fasilitator Kem Jaulah Helwah. Majlis diakhiri dengan jamuan makan yang ditaja oleh Sdr Nizam dari jalan 2/2 yang menginfa' kan sejumlah wang bersempena 'MASUK RUMAH BARU'.

 Cikgu Rabunah menerima cenderahati sebagai fasilitator. Cenderahati berkenaan telah disampaikan oleh Pengerusi Pasti Serdang yang telah dijemput khas untuk hadir ke majlis ini.


 Persembahan nasyid

 Cenderahati kepada wakil kumpulan

 Cenderahati buat Cikgu Afikah


Monday, December 20, 2010

Sambutan Maal Hijrah D'Sutera 1432H

Peserta Kem Jaulah Helwah telah dijemput untuk mempersembahkan dua buah lagi di dalam majlis anjuran Unit Pendidikan Surau Taman Sutera.

 Gabungan yang mantap antara usia 5 hingga 10 tahun

 Dua lagu dialunkan. "Maal Hijrah" dan "Anak Soleh"

 Berkumpul di ruang legar surau sebelum membuat persembahan di dewan utama Surau Sutera.



Wednesday, December 8, 2010

Jaulah Helwah

Kem percutian yang manis (Jaulah Helwah) telah bermula pada hari ini di bangunan PASTI SUTERA. Program anjuran Pasti Sutera Enterprise tersebut telah menarik penyertaan anak-anak sutera seramai 31 orang. Kem Jaulah Helwah edisi 2010 menjadi projek rintis PASTI SUTERA untuk menampilkan modul percutian yang lebih santai dan menyeronokkan. Modul kem selama 13 hari itu telah disusun oleh para guru yang berpengalaman. Insya Allah, Kem Jaulah Helwah boleh dijadikan pakej percutian yang meninggalkan kenangan yang manis!

 Santai selepas solat zohor berjemaah

 Perhimpunan pagi

 Riadhah

 Ice Breaking

Solat berjemaah