"SALAM AIDILFITRI 1434H... "

Friday, December 24, 2010

Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat

Majlis kesyukuran sempena berakhirnya Kem Jaulah Helwah edisi-1 telah diadakan di bangunan Pasti Sutera. Majlis dimulakan dengan doa selamat oleh Ustaz Shamsul Bahri diikuti dengan persembahan oleh peserta Kem yang menyampaikan dua buah lagu nasyid. Kemudiannya acara penyampaian cenderahati kepada fasilitator Kem Jaulah Helwah. Majlis diakhiri dengan jamuan makan yang ditaja oleh Sdr Nizam dari jalan 2/2 yang menginfa' kan sejumlah wang bersempena 'MASUK RUMAH BARU'.

 Cikgu Rabunah menerima cenderahati sebagai fasilitator. Cenderahati berkenaan telah disampaikan oleh Pengerusi Pasti Serdang yang telah dijemput khas untuk hadir ke majlis ini.


 Persembahan nasyid

 Cenderahati kepada wakil kumpulan

 Cenderahati buat Cikgu Afikah


No comments:

Post a Comment